x itp
Monday, April 26, 2010
Kupu2
Mencari isteri
Doa
Malu..
x de tajok...
Ya Tuhan aku meminta rahmatmu...aku pinta kasihmu...aku pinta sayangmu...moga2 engkau kuatkn hatiku, moga2 engkau beri aku petunjuk, mudahkn segala urusanku...moga2 engkau jauhkn aku dr azabmu, aku mminta ampun drmu dr segala dosa2ku...
Monday, March 29, 2010
Cinta
Cinta...
cinta itu indah
tapi tak seindah yang di ungkapkan
tak semurah seperti yang dijajakan
tapi tak semahal cinta yang dilukakan
dan.....
tidak secepat kilat untuk ditukar gantikan
Thursday, March 25, 2010
Maslah...
Parut (Stretchmarks) , Jerawat (Ance), Jeragat (Freckles), Panau (Sun Spots), Kulit Berkedut (Wrinkles), Kulit Kering (Dry Skin), Kulit Berminyak (Oily Skin), Kulit Bersisik (Melasma), Liang roma besar (Large Pores), Warna kulit gelap/tak sekata (Uneven Skin Tone), Anti Penuaan (Anti-Aging) , Kelemumur/Rambut gugur (Dandruff/Hair Loss), Tanda Lahir (Birthmarks) , Kulit Alahan (Chemecal Peel), Lebam Bawah Mata (Eye Bags), Kudis (Eczema), Selulit (Cellulite), Kedutan Dahi (Frown Lines), Membaharui Sel Kulit (Pigmentation) , Kulit Anjal (Skin Laxity), Kulit Ruam (Skin Rash), Kehitaman Bawah Ketiak (Sweety Under Arms), Rekahan Kulit (Skin Veins), Masalah Kuku (Nail Problem)
Saturday, March 20, 2010
Hujan
1 hr bermain hujan...setlah sekian lama ia tidak mnymbah bumi...melihat pemberian rahmat yg MAHA ESA serta menyucap syukur padaNYA..
Friday, March 19, 2010
Kawan baru
ade satu cerita, nama rahsia..
ermm dikau muncul tanpa disangka serta dipinta..
menjadi temanku di alam maya..
cont...
Thursday, February 18, 2010
PENJUAL TELUR
Pembeli: "Dik, telur sekilo berapa?"
Penjual: "Telur ayam atau telur itik?"
Pembeli: "Telur ayam."
Penjual: "Telur ayam biasa atau ayam kampung?"
Pembeli: "Ayam biasa."
Penjual: "Yang tempatan atau yang import?"
Pembeli: "Yang tempatan."
Penjual: "Yang tempatannya mahu yang dari Ipoh , Kuala Selangor atau Tampin?"
Pembeli: "Yang Ipoh lah..." (Sambil terlihat kesal).
Penjual: "Mahu yang Ipoh Pusat, Barat, Timur, Utara, atau Selatan?"
Pembeli: "Adik nie jual telur atau nak jalan-jalan?"
Penjual: "Maaf kak, saya penjual mee rebus kat sebelah. Kebetulan yang jual telur pergi makan. Saya disuruh berbual dulu dengan pembeli sampai dia datang.
CUCU VS ATOK
Atuk: Tengok kawan-kawan sebaya cu, semua lulus tinggi-tinggi. Cu ini asyik internet, tv atau main bola. Bila nak belajar? Besar nak jadi apa? (Atok marah tahap tertinggi)
Cucu: Atok asyik bandingkan dengan kengkawan yang lain. Cu tak pernah pun marah bila atok tak sama seperti kawan-kawan sebaya atok yang lain.
Atuk: Tak sama apanyerr?
Cucu: Kawan-kawan sebaya atok semua dah jadi arwah kan ?
Wednesday, February 10, 2010
JANGAN AMBIL PANADOL & PANADOL ACTIFAST / SOLUBLE
"Suami saya bekerja sebagai Jurutera IT di sebuah hospital, di mana pihak hospital sedang menyiapkan pengkalan data untuk pesakitnya. Dia mengenali rapat doktor tersebut. Doktor memberitahu suami saya, apabila mengalami sakit kepala, mereka sendiri tidak sanggup mengambil Panadol atau Paracetamol. Sebaliknya, mereka akan mencari ubatan herba Cina atau mencari altenatif lain.
Ini kerana Panadol adalah bertoksik kepada tubuh kita. Ia merosakkan organ hati. Menurut doktor tersebut, Panadol akan tinggal di dalam tubuh selama sekurang-kurangnya 5 tahun. Menurutnya lagi, pernah berlaku seorang pramugari menelan terlalu banyak Panadol semasa kedatangan haid kerana tugasnya perlu berdiri sepanjang masa penerbangan. Dia kini baru berumur 30-an tetapi sudah perlu menjalani rawatan buah pinggang (dialisis) setiap bulan.
Seperti kata doktor tersebut, sakit kepala disebabkan ketidak-seimbangan elektron/ion di dalam sel otak. Sebagai rawatan alternatif, beliau mencadangkan membeli sebotol atau 2 botol minuman isotonik, campurkan dengan air minuman pada kadar 1:1 atau 1:2. Mudahnya, secawan isotonik dengan 2 cawan air minuman.
Saya dan suami pernah mencuba kaedah ini dan mendapati ia berkesan. Kaedah lain ialah merendam kaki ke dalam besin yang mengandungi air suam. Ia akan memberi tekanan darah menurun dari kepala anda.
Panadol adalah sejenis "painkiller" , semakin banyak anda mengambilnya, semakin lama semakin kurang kesannya kepada anda. Bererti anda perlukan dos yang lebih lagi apabila ia kurang berkesan.
Kita semua akan jatuh sakit apabila usia kita semakin meningkat. Untuk wanita, mereka akan melalui pengalaman melahirkan zuriat. Bayangkan mereka akan diberi dos yang kuat apabila terpaksa melalui proses beranak melalui pembedahan . Jika anda terlalu banyak mengambil Panadol atau Paracetamol sepanjang hidup anda, seperti mereka yang ada migrain, ia akan memberi kesan sifar terhadap kesakitan yang anda alami dan anda memerlukan ubat yang lebih kuat lagi untuk mengurangkan rasa sakit. Adakah anda sanggup diberi dadah yang kuat seperti morfin?
Friday, February 5, 2010
25 Pesanan Luqmanul Hakim kepada anaknya...
01 - Hai anakku: ketahuilah, sesungguhnya dunia ini
bagaikan lautan yang dalam, banyak manusia yang karam
ke dalamnya. Bila engkau ingin selamat, agar jangan
karam, layarilah lautan itu dengan SAMPAN yang bernama
TAKWA, ISInya ialah IMAN dan LAYARnya adalah TAWAKKAL
kepada ALLAH.
02 - orang - orang yang sentiasa menyediakan dirinya
untuk menerima nasihat, maka dirinya akan mendapat
penjagaan dari ALLAH. Orang yang insaf dan sedar
setalah menerima nasihat orang lain, dia akan sentiasa
menerima kemulian dari ALLAH juga.
03 - Hai anakku; orang yang merasa dirinya hina dan
rendah diri dalam beribadat dan taat kepada ALLAH,
maka dia tawadduk kepada ALLAH, dia akan lebih dekat
kepada ALLAH dan selalu berusaha menghindarkan maksiat
kepada ALLAH.
04 - Hai anakku; seandainya ibubapamu marah kepadamu
kerana kesilapan yang dilakukanmu, maka marahnya
ibubapamu adalah bagaikan baja bagi tanam tanaman.
05 - Jauhkan dirimu dari berhutang, kerana
sesungguhnya berhutang itu boleh menjadikan dirimu
hina di waktu siang dan gelisah di waktu malam.
06 - Dan selalulah berharap kepada ALLAH tentang
sesuatu yang menyebabkan untuk tidak menderhakai
ALLAH. Takutlah kepada ALLAH dengan sebenar benar
takut ( takwa ), tentulah engkau akan terlepas dari
sifat berputus asa dari rahmat ALLAH.
07 - Hai anakku; seorang pendusta akan lekas hilang
air mukanya kerana tidak dipercayai orang dan seorang
yang telah rosak akhlaknya akan sentiasa banyak
melamunkan hal hal yang tidak benar. Ketahuilah,
memindahkan batu besar dari tempatnya semula itu lebih
mudah daripada memberi pengertian kepada orang yang
tidak mahu mengerti.
08 - Hai anakku; engkau telah merasakan betapa
beratnya mengangkat batu besar dan besi yang amat
berat, tetapi akan lebih lagi daripada semua itu,
adalah bilamana engkau mempunyai tetangga (jiran) yang
jahat.
09 - Hai anakku; janganlah engkau mengirimkan orang
yang bodoh sebagai utusan. Maka bila tidak ada orang
yang cerdik, sebaiknya dirimulah saja yang layak
menjadi utusan.
10 - Jauhilah bersifat dusta, sebab dusta itu mudah
dilakukan, bagaikan memakan daging burung, padahal
sedikit sahaja berdusta itu telah memberikan akibat
yang berbahaya.
11 - Hai anakku; bila engkau mempunyai dua pilihan,
takziah orang mati atau hadir majlis perkahwinan,
pilihlah untuk menziarahi orang mati, sebab ianya akan
mengingatkanmu kepada kampung akhirat sedang kan
menghadiri pesta perkahwinan hanya mengingatkan dirimu
kepada kesenangan duniawi sahaja.
12 - Janganlah engkau makan sampai kenyang yang
berlebihan, kerana sesungguhnya makan yang terlalu
kenyang itu adalah lebih baiknya bila makanan itu
diberikan kepada anjing sahaja.
13 - Hai anakku; janganlah engkau langsung menelan
sahaja kerana manisnya barang dan janganlah langsung
memuntahkan saja pahitnya sesuatu barang itu, kerana
manis belum tentu menimbulkan kesegaran dan pahit itu
belum tentu menimbulkan kesengsaraan.
14 - Makanlah makananmu bersama sama dengan orang
orang yang takwa dan musyawarahlah urusanmu dengan
para alim ulamak dengan cara meminta nasihat dari
mereka.
15 - Hai anakku; bukanlah satu kebaikan namanya
bilamana engkau selalu mencari ilmu tetapi engkau
tidak pernah mengamalkannya. Hal itu tidak ubah
bagaikan orang yang mencari kayu bakar, maka setelah
banyak ia tidak mampu memikulnya, padahal ia masih
mahu menambahkannya.
16 - Hai anakku; bilamana engkau mahu mencari kawan
sejati, maka ujilah terlebih dahulu dengan berpura
pura membuat dia marah. Bilamana dalam kemarahan itu
dia masih berusaha menginsafkan kamu,maka bolehlah
engkau mengambil dia sebagai kawan. Bila tidak
demikian, maka berhati hatilah.
17 - Selalulah baik tuturkata dan halus budibahasamu
serta manis wajahmu, dengan demikian engkau akan
disukai orang melebihi sukanya seseorang terhadap
orang lain yang pernah memberikan barang yang
berharga.
18 - Hai anakku; bila engkau berteman, tempatkanlah
dirimu padanyasebagai orang yang tidak mengharapkan
sesuatu daripadanya. Namun biarkanlah dia yang
mengharapkan sesuatu darimu.
19 - Jadikanlah dirimu dalam segala tingkahlaku
sebagai orang yang tidak ingin menerima pujian atau
mengharap sanjungan orang lain kerana itu adalah sifat
riya~ yang akan mendatangkan cela pada dirimu.
20 - Hai anakku; janganlah engkau condong kepada
urusan dunia dan hatimu selalu disusahkan olah dunia
saja kerana engkau diciptakan ALLAH bukanlah untuk
dunia sahaja. Sesungguhnya tiada makhluk yang lebih
hina daripada orang yang terpedaya dengan dunianya.
21 - Hai anakku; usahakanlah agar mulutmu jangan
mengeluarkan kata kata yang busuk dan kotor serta
kasar, kerana engkau akan lebih selamat bila berdiam
diri. Kalau berbicara, usahakanlah agar bicaramu
mendatangkan manfaat bagi orang lain.
22 - Hai anakku; janganlah engkau mudah ketawa kalau
bukan kerana sesuatu yang menggelikan, janganlah
engkau berjalan tanpa tujuan yang pasti, janganlah
engkau bertanya sesuatun yang tidak ada guna bagimu,
janganlah mensia siakan hartamu.
23 - Barang sesiapa yang penyayang tentu akan
disayangi, sesiapa yang pendiam akan selamat daripada
berkata yang mengandungi racun, dan sesiapa yang tidak
dapat menahan lidahnya dari berkata kotor tentu akan
menyesal.
24 - Hai anakku; bergaullah rapat dengan orang yang
alim lagi berilmu. Perhatikanlah kata nasihatnya
kerana sesungguhnya sejuklah hati ini mendengarkan
nasihatnya, hiduplah hati ini dengan cahaya hikmah
dari mutiara kata katanya bagaikan tanah yang subur
lalu disirami air hujan.
25 - Hai anakku; ambillah harta dunia sekadar
keperluanmu sahaja, dan nafkahkanlah yang selebihnya
untuk bekalan akhiratmu. Jangan engkau tendang dunia
ini ke keranjang atau bakul sampah kerana nanti engkau
akan menjadi pengemis yang membuat beban orang lain.
Sebaliknya janganlah engkau peluk dunia ini serta
meneguk habis airnya kerana sesungguhnya yang engkau
makan dan pakai itu adalah tanah belaka. Janganlah
engkau bertemankan dengan orang yang bersifat talam
dua muka, kelak akan membinasakan dirimu.
Semoga bermenfaat,
Wassalam.
Tuesday, February 2, 2010
Amalan
Al-Quran Juga ada mengajar kita menjaga kesihatan spt membuat amalan spt:-
1.Mandi Pagi sebelum subuh @ sekurang kurangnya sejam sebelum matahari
naik.Air sejuk yang meresap kedalambadan boleh mengurangkan lemak
mengumpul. Kita boleh saksikan orang mengamalmandi pagi kebanyakan
badan tak gemuk.
2. Rasulullah mengamalkan minum segelas air sejuk setiap
pagi. Mujarabnya Insayallah jauh dari penyakit (susah nak kena sakit).
3. waktu sembahyang subuhdisunatkan kita bertafakur (iaitu sujud
sekurang kurangnya seminit selepasmembaca doa). Ia boleh mengelak dari
sakit pening atau migrin. Ini terbuktioleh para saintis yang membuat
kajian kenapa dalam sehari perlu kita sujud.Ahli-ahli sains telah
menemui beberapa milimeter ruang udara dalam saluran darahdi kepala yg
tidak dipenuhi darah. dengan bersujud makan darah akan mengalirkeruang
berkenaan.
4. dalam kitab juga ada melarang kita makan makanan darat bercampur dengan
makanan laut. Nabipernah menegah kita makan ikan bersama susu. di
kuatiri akan cepat mendapatpenyakit. Ini terbukti oleh saintis yang
menjumpai dimana dalam badan ayammengandungi ion (+) manakala dalam
ikan mengandungi ion (-). jika dalam suapanayam bercampur dengan ikan
maka terjadi tidakkan balas biokimia yng terhasilyang boleh merosakkan
usus kita.
5. Nabi juga mengajar kita makan dengan tangan dan bila
habis hendaklah menjilat jari. Begitu juga ahli saintis telah menjumpa
bahawaenzime banyak terkandung di celah jari jari, iaitu 10 kali ganda
terdapat dalamair liur. (enzime sejenis alat percerna makanan,
tanpanya makanan tidak hadam)
Wassalam...
Sabda nabi
Ilmu itu milik tuhan, barang siapa menyebarkan ilmu demi kebaikkan
insyaallah.....
DOA UNTUK SAHABAT KU…
DOA UNTUK SAHABAT KU…
Ya Allah
panjangkanlah umur sahabatku Kurniakanlah
kesihatan yang baik padanya,terangi hatinya
dengan nur pancaran iman.Tetapkanlah hatinya,
perluaskanlahrezeki nya, dekatknlah hatinya
kepada kebaikan,jauhkanlah hatinya pada kejahatan,
tunaikanlah hajatnya baik hajat dalam agama,dunia
dan akhirat.
Ya Muhaimin
jika dia jatuh hati izinkanlah dia menyentuh hati
seseorang yang hatinya
tertaut padaMu agar tidak terjatuh dia dalam jurang
cinta nafsu. Jagalah hatinya agar tidak berpaling
daripada melabuhkan hatinya pada hatiMu.jika dia
rindu, rindukanlah dia pada seseorang yang merindui syahid di jalanMu . . .
Ya Ilahi . . .
Jangan biarkan sahabatku tertatih dan terjatuh
dalam perjalanan panjang menyeru manusia kejalanMu
jika kau halalkan aku merindui sahabatku,janganlah
aku melampaui batas sehingga melupakan daku pada
cinta hakiki,rindu abadi dan kasih sejati hanya
untukMu. . .
Ya Allah…
kurniakanlah sahabatku kesenangan,ketenang an,
kecemerlangan & keberkatan hidup di dunia & akhirat kelak..

aku mencri tempt untuk berehat sebentar. dudok rehat jap sambil menkmati hidangan pisang goreng...aduhh lazat nyer...sementara itu telinga ku terdgr pelbagai topik yg diperbualkan oleh org disitu...antara yg menarik minat ku ialah ajal seseorng x kira dimana, bila, bagaimana dn sbgainyer... smbil menghirup kopi ku kyusuk mendgr org2 veteran bersyarah dar satu topik pd topik yg len....hehehheeee
tiba2 ku melihat betapa ramai teman2ku yg berada disekelilingku...betapa mudah kita mencri teman, tetapi adakah ia betol2 mahu mnjdi teman yg setia mendgr @ memberi pndpt yg bernas....
gelak tawa mereka begitu indah berterbangan laju menerjah cuping telingaku, tanpa ku sedari mereka mnjadikan aku sbg teman mereka b'bicara....aku hanya diam mmbisu tatkala mereka bertanyakn...