x itp
Tuesday, July 21, 2009
Diri sendri..
kadang kala kita lupa saper diri kiter..
kadang kala kita x peduli pd alam n mahluk skllng..
saper diri kita?
Maruah Umat Islam D'mana?
Wednesday, July 15, 2009
Pepatah...
bersusah2 dahulu n bersenang2 kemudian....
LEH PAKAI LG KE PEPATAH NIE..@ ORG SKANG X RETI NAK GUNA??????
Wednesday, July 8, 2009
Mengapa Masyarakat Islam Kian bertambah Mungkar
1. Disebabkan keyakinan manusia terhadap Tuhan sudah nipis atau pun kata kata lain, perasaan Tauhid sudah berkurangan.
2. Oleh kerana manusia itu sudah tidak yakin lagi dengan adanya akhirat ataupun sekiranya masih ada keyakinan namun keyakinan itu sudah nipis.
3. Disebabkan manusia itu terlalu sayang dan cinta pada diri mereka sendiri.
Manakala seseorang itu sudah nipis rasa tauhidnya, sudah nipis keyakinan tentang adanya Tuhan, atau mempercayai adanya Tuhan serta tidak adanya Tuhan sudah sama banyak maka di waktu itu manusia tidak punyai tempat lagi untuk di takuti. Sudah tidak ada lagi kuasa ghaib yang di takuti. Dia akan menjadi manusia yang yang cuba menyesuaikan diri dalam semua keadaan, di kalangan ulama ulama dia berpura pura warak sementara di suasana lain dia mungkar.Dia sanggup mencuri apabila dia berseorangan atau merogol, atau melakukan apa sahaja apabila kepercayaan terhadap kuasa ghaib itu sudah tiada. Dengan inilah maka merebaknya penyakit penyakit masyarakat.Dia sanggup membunuh apabila rahasia nya di ketahui umum saperti membunuh orang yang menyaksikan dia mencuri atau membunuh gadis yang dirogoli kerana takutkan perbuatan itu di ketahui umum.
Apabila manusia itu tidak yakin dengan hari akhirat atau pun sekiranya ia punyai keyakinan tetapi keyakinan itu sudah nipis maka akhirat itu sudah tidak lagi menjadi idaman atau cita cita nya. Dengan ini hilang lah sifat mahu berjuang atau berjihad kerana fikiran nya sudah tertumpu untuk dunia semata mata.Dia membina dunia untuk dunia. Dia mencari wang untuk dunia, dia mencari pangkat untuk dunia, dan segala galanya adalah untuk dunia.Kadang kadang urusan akhirat sendiri pun di jadikan untuk dunia.Dia hanya sembahyang di khalayak ramai supaya ia menjadi calon di kalangan orang beriman.Dia ber lagu atau mengaji Quran untuk hadiah atau pun untuk wang dan sudah tidak lagi untuk akhirat.Keyakinan terhadap akhirat itu terumbang ambing di mana urusan dunia adalah untuk dunia urusan akhirat juga di duniakan. Inilah yang menghasilkan penyakit masyarakat.
Apabila manusia itu telah cinta dengan diri sendiri maka timbullah usaha bagaimana mahu senang sendiri, mahu senang keluarga sendiri, mahu senang kawan kawan sendiri.Akan timbullah perasaan mahu kaya sendiri, akan timbullah untuk membela supaya pandai sendiri.Dalam hal hal mahu membela nasib yang akan bersangkut paut dengan diri sendiri maka ada kalanya terpaksa melanggari hak asasi orang lain,terpaksa merosakkan kepentingan orang lain, kadang kadang terpaksa memijak kepala orang lain dan terus merugikan orang lain.Orang lain yang mempunyai sikap yang sama juga akan melakukan hal yang sama maka akan mencetus kekacauan, peperangan, tindas menindas, lahir perasaan hasad dengki, dan berbagai bagai kekacauan lagi. Inilah yang meyebabkan merebak dan bermaharajalelanya lagi penyakit masyarakat.
Nilai Umat Islam!!!
Kita umat Islam seluruh dunia sudah salah berfikir.Kita sudah tidak pandai menilai baik buruknya didalam kehidupan.Kita tidak kenal gejala masyarakat yang merosakkan kehidupan yang sebenarnya.Ada yang menganggap gejala ada yang anggap bukan gejala. Kita tidak kenal yang mana padi dan yang mana lalang.Mana pokok yang sebenarnya, mana pokok yang menumpang (dedalu namanya).Akibatnya padi dibuang, lalang disuburkan.Dedalu dibiarkan pokok sebenarnya ditebang.Yang untung di musnahkan, yang merugikan dibiarkan.Racun tikus di makan, ubat sebenarnya di buang.
Akhirnya semenjak merdeka Negara Negara Islam tidak habis habis bermasaalah. Bahkan semakin banyak masaalah saperti perpecahan, kemunduran, kemiskinan, kekotoran, kezaliman dan penindasan.Ertinya masyarakat Islam sedunia tidak kenal mana baik, mana buruk,mana memberi faedah, mana yang mendatangkan padah dan parah.Kerana kayu pengukur hanya AKAL dan NAFSU. Bukan Al Quran dan Sunnah.
Tidak hairanlah masyarakat Umat Islam sedunia punah ranah dan musnah.Kalau ada orang yang membawa kebenaran dan membuat teguran jadi isu pula.Bukan sahaja tidak di terima , bahkan dianggap musuh Umat dan Negara ,ditangkap, di pinggir atau di ISA.Tapi orang yang menjadi racun kepada masyarakat dihormati dan dibelai.Selagi krisis nilai masih berlaku dikalangan dunia dan masyarakat Islam, masaalah masyarakat Islam tidak akan selesai.
Krisis nilai tidak akan selesai selagi Umat Islam merujuk pada AKAL dan NAFSU.Tempat rujuk yang sebenarnya bagi Umat Islam adalah Al Quran dan As Sunnah.Ia membawa perpaduan, membawa satu dasar dan kekuatan.
Monday, July 6, 2009
Lima Jenis Racun dan Lima Penawarnya ... ..
1. Dunia itu racun,zuhud itu ubatnya.
2. Harta itu racun,zakat itu ubatnya.
3. Perkataan yang sia-sia itu racun,zikir itu ubatnya.
4. Seluruh umur itu racun,taat itu ubatnya.
5. Seluruh tahun itu racun,Ramadhan itu ubatny
Friday, July 3, 2009
Tentang seseorang!!
sanggup mati kerana anda.
2. Sekurang-kurangnya ada 15 orang dalam dunia ini menyayangi anda dalam
beberapa cara.
3. Sebab utama seseorang membenci anda adalah kerana dia ingin menjadi
seperti anda.
4. Senyuman daripada anda boleh membawa kebahagiaan kepada
seseorang,walaupun dia tidak menyukai anda.
5. Setiap malam ada seseorang mengingati anda sebelum dia tidur.
6. Anda amat bermakna dalam hidup seseorang.
7. Kalau bukan kerana anda, seseorang itu tidak akan hidup bahagia.
8. Anda seorang yang istimewa dan unik.
9. Seseorang yang anda tidak ketahui menyayangi anda.
10. Apabila anda membuat kesilapan yang sangat besar, ada hikmah
sebaliknya.
11. Sekiranya anda merasakan anda dipinggirkan, fikirlah semula; mungkin
anda yang meminggirkan mereka.
12. Apabila anda terfikir anda tidak mempunyai peluang untuk mendapatkan
sesuatu yang anda ingini, mungkin anda tidak akan
memperolehinya, tetapi sekiranya anda percaya pada diri sendiri lambat-laun
anda akan memperolehinya.
13. Kenangilah segala pujian yang anda terima. Lupakan segala makihamun,
caci & cela.
14. Jangan takut untuk meluahkan perasaan anda; anda akan merasa senang
bila seseorang mengetahuinya.
15. Sekiranya anda mempunyai sahabat baik, ambillah masa untuk
memberitahunya yang dia adalah yang terbaik. Hanya seminit
diperlukan untuk mendapat sahabat baik, sejam untuk menghargainya, sehari
untuk menyayanginya, tapi sepanjang hidup untuk melupakannya.
Wednesday, July 1, 2009
Forgive Me Allah
Forgive me Allah
For the wrongs I have done.
For anger, I shouldn't have
Against anyone.
I know I'm weak Allah,
But I love You, I really do,
And in spite of my weakness,
I know You love me too.
Forgive me for not reading Your word,
And for the times that I stray.
Forgive me for just being too tired
When I don't take the time to pray.
Give me the strength, Oh! Allah,
Let Your love shine through me
So others will follow Your way.
Even though I've failed You Allah,
I know You'll forgive me,
And this I promise Lord,
A better Muslim I will be.
For Your presence is in me
Filling my heart with Your love,
And I have Your reassurance
You're guiding from above.
I love You Allah, and thank You
For the blessings You bestow,
I will tell others about You
So Your goodness they too, will know.
